Tahniah !!! Kemenangan Buat Elly Mazlien Setelah Lama Memendam Rasa.

Tahniah !!! Kemenangan Buat Elly Mazlien Setelah Lama Memendam Rasa.



Lama memendam rasa dan “makan hati” dengan segala kemelut bersama bekas suaminya, penyanyi Elly Mazlein semalam telah berjaya menuntut nafkah anaknya, Putri Sara Sefhia  yang kini dalam jagaannya sebanyak rm 1,500 sebulan berkuatkuasa serta merta.

Perintah itu dikeluarkan oleh hakim syarie, Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Che Abdullah Che Hassan selepas mendengar kes terbabit pada pagi Rabu.
Che Abdullah turut meluluskan permohonan Elly untuk Azmi menyerahkan wang berkenaan melalui pihak mahkamah pada setiap bulan sebelum diserahkan kepada  beliau untuk memastikan bekas suaminya itu tidak gagal menjalankan perintah mahkamah bagi pembayaran nafkah anak mereka itu.



"Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kepada Allah kerana hari ini segalanya telah pun selesai dan paling penting ialah hak anak saya.

Tiada apa lebih menggembirakan saya apabila mahkamah meluluskan permohonan saya dan tak apalah saya tidak dapat sebarang hak sepanjang bergelar isteri kerana paling penting kebajikan dan hak anak saya terbela."

Menurut Elly, jumlah nafkah yang beliau pinta itu tidaklah banyak mana dan bertimbang rasa kerana memahami Azmi masih lagi menanggung dua lagi cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
Saya tiada bantahan selain bersyukur dengan keputusan mahkamah kerana itu adalah rezeki anak saya. Saya juga faham dengan situasi bekas suami yang mempunyai dua lagi anak yang perlu ditanggung dan tidak mahu membebankan dia dengan tuntutan terlalu tinggi.

0 Response to "Tahniah !!! Kemenangan Buat Elly Mazlien Setelah Lama Memendam Rasa."

Post a Comment