Sebab Awie Berkahwin Di Thailand .

Sebab Awie Berkahwin Di Thailand .



Wow. Siapa sangka susur galur keturunan Awie sebenarnya adalah keturunan Raja Siam. Memang Abang Nara dah nampak lama dah aura seorang raja dan pemimpin setiap kali melihat wajah Awie, tetapi tak sangka lah pulak keturunan Raja. Kerana itulah juga Awie telah mengambil keputusan untuk berkahwin baru-baru ini dengan Sharifah Ladyana di Songkhla, Thailand. Orang kata tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat susur galur keturunan.



Malah Awie juga menjawab kritikan pedas para netizen yang mempersoalkan perkahwinannya yang berlaku di Thailand. Biasalah bila kahwin di Thailand ini macam-macam masalah yang boleh timbul. Namun Awie menegaskan yang dia mengetahui undang-undang pendaftaran perkahwinan.



 Kata Awie:-
Selepas empat tahun mengkaji mengenai keturunan sen­diri, saya dapati saya sebenar­nya adalah keturunan Raja Su­laiman yang berasal dari lo­kasi tersebut. Sebab itu, saya mahu memastikan kali ini sa­ya berkahwin di lokasi tanah tumpah nenek moyang sendiri.
Saya fikir tidak ada salahnya untuk saya bernikah di Thailand me­mandangkan perkahwinan ini bukan dibuat secara rahsia. Ia berlangsung di dalam masjid dan dalam keadaan yang cukup teratur.
Adalah hak saya untuk ber­kahwin di mana pun, apa yang penting ia sah di sisi syarak. Saya juga tahu undang-undang, bukanlah bodoh sangat.

0 Response to "Sebab Awie Berkahwin Di Thailand ."

Post a Comment