Mia Ahmad Sudah Bersedia .

Mia Ahmad Sudah Bersedia .



Pelakon Mia Ahmad menjelaskan bahawa dia kini sudah bersedia untuk berkahwin dengan penjaga gol pasukan JDT, Izham Tarmizi Roslan.

“Kami sudah berjumpa keluarga dan saya selesa setakat ini, Alhamdulillah,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Anugerah Skrin 2016.

Bagaimanapun, Mia Ahmad masih belum menetapkan tarikh bahagia mereka kerana jadual Izham yang ketat sehingga hujung tahun ini.

“Saya tidak ada masalah tetapi kena ikut jadualnya. Lagipun dia ada perlawanan bola sepak sehingga ke penghujung tahun ini,” ujarnya lagi.

Tambah Mia lagi, dia akan terus diijabkabulkan tanpa melalui proses pertunangan.

“Saya tak suka tunang, terus berkahwin sahajalah,” katanya yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada tahun hadapan.

0 Response to "Mia Ahmad Sudah Bersedia . "

Post a Comment