Romantiknya Sariyanti.. Foto-foto Hari Lahir Jepp.
Pandangan Sari Yanti bagai tidak lekang memandang sang suami, Jep Sepahtu. Malah sambutan hari lahir yang diadakan untuk Jep tersebut nampaknya meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat pelawak tersebut lebih lebih lagi apabila bergelar suami.
Walaupun tidak berkongsikan kemeriahan majlis tersebut di akauun Instagram mereka namun melalui riak wajah Sari Yanti, jelas terpancar dia sangat teruja dalam meraikan ulangtahun ke 32 suaminya itu.
Pasangan ini telah selamat bernikah pada 25 Februari lalu. Majlis pernikahan tersebut sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang kepada media kerana pasangan ini tidak membenarkan pihak media membuat liputan.
Apa pun, peminat setia Jep Sepahtu dan juga Sari Yanti pasti turut tersenyum gembira dua hati ini bersatu menuju bahagia. Kami kongsikan serba sedikit kemeriahan sepanjang majlis tersebut berlangsung..
0 Response to "Romantiknya Sariyanti.. Foto-foto Hari Lahir Jepp. "
Post a Comment