KANTOI LAGi ! Benjy Sorok Syabu Dalam Dubur.



Pelakon Benjy ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas membawa dadah yang disorokkan di duburnya pada Selasa, lapor Detik.com.

Anak allahyarham seniwati Azean Irdawaty ditahan di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan selepas pasukan keselamatan berjaya mengeluarkan dua paket syabu dari bahagian sulit itu.  

“Setelah dilakukan pemeriksaan, ditemukan dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di duburnya,” kata ketua pengawasan dan pelayanan kastam lapangan terbang Kualanamu, Zaky Firmansayah.

Zaky berkata Benjy tiba di lapangan terbang itu menggunakan pesawat Malindo Air dari Kuala Lumpur untuk bertemu rakannya.

Benjy, nama popular Khaeryll Benjamin Ibrahim April tahun lalu dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Muar atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram.

0 Response to "KANTOI LAGi ! Benjy Sorok Syabu Dalam Dubur."

Post a Comment