7 FOTO- Nora Dansh Peraga Baju Raya Hingga Ke Amerika.




MENJELANG ketibaan Ramadan yang bakal disambut lebih kurang sebulan dari sekarang, kebanyakan label pakaian popular sudah mula ‘bertarung’ dengan strategi promosi dan pemasaran menarik untuk produk mereka.

Salah seorang artis yang terlibat dalam bidang perniagaan baju ialah Nora Danish menerusi jenamanya, Owl By ND.

Yang menariknya kali ini Nora sampai beberapa negeri di Amerika Syarikat seperti Las Vegas, Arizona dan California untuk menjayakan sesi photoshoot koleksi raya Owl tahun ini.

Bermacam lokasi menarik di sana disinggahi aktres ini dan tenaga kerjanya termasuk ke stesen minyak dan tempat pelancongan menarik di sana seperti Grand Canyon, Joshua Tree National Park dan Sand Hollow State Park.







0 Response to "7 FOTO- Nora Dansh Peraga Baju Raya Hingga Ke Amerika."

Post a Comment