Padah Upload Foto Bercumbu. Che Ta...
GAMBAR bercumbuan yang dimuat naik di Instagram Che Ta.
Sengaja mencari publisiti murahan atau sebenarnya tidak ambil pusing soal sensitiviti masyarakat? Itu yang berlegar di fikiran tatkala melihat gambar bercumbuan antara pasangan, Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin. Gambar itu dimuat naik di Instagram milik Che Ta sendiri kelmarin.
Belum pernah lagi rasanya nama pelakon Diari Ramadan Rafiq ini senyap daripada kontroversi.
Ada sahaja cerita sensasi tercetus sehingga ada pihak yang mula mempersoalkan peribadi dan perwatakan ibu kepada tiga orang anak ini.
Adakah Che Ta suka namanya selalu terpampang kerana kontroversi tidak ‘murni’ sebegitu? Adakah dia sebenarnya dengan sengaja mencipta cerita panas supaya namanya kekal berputar dalam acuan seni hiburan?
Gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram pada Isnin lalu itu ternyata sekali lagi mencetuskan reaksi negatif peminat. Rata-rata mereka melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan pelakon itu.
Gambar yang menunjukkan Che Ta dan suami, Zain Saidin bercumbuan di tepi pantai Mykonos, Greece itu dikecam ramai. Mereka meninggalkan komen menasihati pelakon itu supaya tidak melakukan aksi ‘kurang senonoh’ biarpun sudah berkahwin.
Salah seorang peminat yang dikenali sebagai Aziroyani menegaskan Rozita seharusnya malu kerana dia membawa imej wanita Islam yang sepatutnya mencerminkan ciri-ciri kesopanan dan kesederhanaan.
“Maaflah aku hendak tegur juga. Anda bawa imej Islam ke khalayak umum. Jadi biarlah orang menghormati kita sebagai seorang Muslim,” katanya.
Dalam pada itu, seorang lagi pengguna laman sosial @Straycat50 berkata, Rozita seharusnya berasa malu dan tidak berkelakuan seperti itu terutama di hadapan khalayak ramai.
“Bila manusia sudah hilang rasa malu dan hal yang sepatutnya rahsia suami isteri menjadi tontonan umum, itu adalah tanda-tanda akhir zaman. Semoga kita semua dijauhkan daripada melakukan seperti itu,” katanya.
Malah, salah seorang peminat yang dikenali sebagai @sis_bella33 memerli pasangan pelakon tersebut yang seakan sengaja mengundang publisiti murahan dan menggunakan status ‘halal’ sebagai suami isteri untuk bertindak sedemikian.
“Tidak mengapa, halal. Ya Allah. Habis itu, boleh lah buat video tidak senonoh selepas ini, asalkan halal? Semua boleh tengok, asalkan halal,” komennya sinis dalam gambar yang disiarkan di laman @Rozitachewan1.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Padah Upload Foto Bercumbu. Che Ta... "
Post a Comment