"Tanggung Kecacatan Seumur Hidup", Amar Di Simbah Air Panas Di Muka !

"Tanggung Kecacatan Seumur Hidup", Amar Di Simbah Air Panas Di Muka !



KUALA LUMPUR: Pelakon, Amar Asyraf, 30, mengakui kecacatan yang dialami akibat 

disimbah air panas pada wajahnya bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung. Umpama 

peribahasa, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitupun, peminatnya 

usah perlu risau kerana kecacatan pada bahagian kiri wajah Amar atau nama penuhnya 

Amar Asyraf Zailudin bukanlah bersifat kekal. Sebaliknya ia hanya kekurangan yang 

terpaksa ditanggung oleh karakter bernama Indra lakonannya dalam drama Mungkin, iaitu 

naskhah diangkat daripada novel karya CT Jasmina. "Saya melakonkan watak Indra iaitu 

kembar kepada Intan. Parut pada wajah itu ialah kesan daripada insiden disimbah air panas 

ketika berada di bangku sekolah. Indra terpaksa menanggung malu, hidup dengan 

kecacatan itu seumur hayatnya. "Bukan mudah untuk menjayakan watak ini kerana kesan 

parut yang diletakkan pada muka membuatkan saya kurang selesa. Biarpun tidak memakan 

masa yang lama untuk membuat kesan khas itu, namun ia perlu ditambah sekiranya ada 

bahagian yang terkoyak. "Malah, saya juga perlu membiasakan diri dengan adanya kesan 

khas itu pada wajah kerana ia turut mempengaruhi banyak perkara seperti cara percakapan 

dan makan. "Saya perlu berlatih bagi memastikan saya tidak kekok ketika berlakon dengan 

adanya parut pada muka itu," katanya kepada BH Online. Pelakon yang dikenali menerusi 

drama bersiri Setia Hujung Nyawa itu berkongsi, telefilem itu bakal ditayangkan menerusi 

saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada penghujung tahun ini. Dalam perkembangan 

terkini, Amar bakal menjayakan pementasan Bangsawan setelah enam tahun menyepikan 

diri daripada dunia teater. Beliau yang sebelum ini lebih selesa bergerak di belakang tabir 

dengan berada di bangku pengarah, namun Amar nyata tertarik dengan tawaran yang 

diberikan kepadanya. "Kekok juga rasanya kembali berlakon di pentas teater kerana sudah 

lama tidak berbuat demikian. Seperti semua sedia maklum, berlakon di hadapan kamera 

dan teater adalah dua perkara yang berbeza, namun saya pasti akan mencuba yang 

terbaik," kata Amar.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my

0 Response to ""Tanggung Kecacatan Seumur Hidup", Amar Di Simbah Air Panas Di Muka !"

Post a Comment