Semalam, Safiey Ilias memuat naik sekeping gambar lamanya yang menyatakan bahawa beliau benci melihat perempuan make up kusam dan bercapuk.
"Hasil makeup gunakan Tomford. Tak adalah tebal macam kita pakai Mac. Ini sekadar nak berkongsi sebab benci nak mampos tengok perempuan makeup kusam dan bercapuk. Baik tak payah jadi perempuan kalau makeup macam haram. Laser betul ni," katanya.
Kapsyen gambar Instagramnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen terutamanya golongan wanita yang menganggap kata-kata itu sebagai satu penghinaan.
Sebanyak 2,611 komen yang telah ditinggalkan dan rata-ratanya membidas semula kata-kata Safiey Ilias itu.
Antaranya:
"Awak pun makeup tak betul, ada hati nak mengata orang. Mana ada orang makeup muka putih saja kalau yang freehair. Mesti pakai di leher juga foundation, cc cream, bedak bagi rata sama warna dengan kulit muka.
"Kalau muka putih, leher hitam, entahlah nak. Lepas itu mana ada orang lukis kening macam itu even tak tebal pun. Kening macam itu macam akak akak yang baru nak belajar saja. Orang lukis kening depan itu jangan sama gelap dengan yang belakang. Penat pula saya nak explain di sini. Pandai-pandailah awak fikir ya mana yang silap. Sebelum mengata orang, cerminkan diri dulu ye awak, terima kasih," kata Asyalliee.
0 Response to "Safiey Ilias Bikin Panas Lagi. Kutuk Perempuan Tulen. "
Post a Comment