Sudah sah bercerai dengan Along Cham, Zila memberitahu beliau kini sedang fokus untuk mencari duit sendiri untuk menjaga anaknya.
Difahamkan Zila sudah pun mendapat pekerjaan disebuah pejabat yang dirahsiakan nama dan lokasinya oleh Zila.
Saya hendak kerja cari duit, hendak jaga anak. Saya tidak boleh bagi tahu (di mana saya bekerja). Saya kerja di pejabat.
Pada masa yang sama, Zila mengucapkan terima kasih kepada pihak media dan orang ramai yang sebelum ini mengambil berat terhadap dirinya selepas beliau mengadu mempunyai masalah rumah tangga bersama Along.
Zila diceraikan talak satu oleh Along yang memfailkan permohonan perceraian pada Isnin mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003
0 Response to "Bekas Isteri Along Cham, Zila Mahu Cari Duit Sendiri."
Post a Comment