>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>
loading...

Vin Diesel mengakui terpengaruh Untuk Berpuasa.



Pelakon terkenal Vin Diesel pada 1 Ramadan lalu telah memuji kemuliaan bulan Ramadan dan mengakui dia mungkin akan terpengaruh untuk turut berpuasa.

Menerusi paparan sebuah video yang dimuat naik penyanyi hip hop Amerika Syarikat, French Montana, di akaun Instagramnya, kedua-dua sahabat ini dilihat sedang berbual tentang keindahan Ramadan.

 “Saya bangga sahabat saya ini berpuasa dan mungkin saya juga akan terpengaruh untuk melakukannya.

“Konsep Ramadan itu sangat kuat dan bagi saya ia mungkin baik untuk semua orang. Bukan mudah untuk mengekalkan disiplin dalam jangka masa yang panjang.

“Ramadan juga adalah bulan untuk memperbaiki diri,” katanya.

Montana atau nama sebenarnya Karim Kharbouch seorang rapper beragama Islam yang dilahirkan di Morocco sebelum berhijrah ke Amerika ketika berusia 13 tahun bersama keluarganya.

Terdahulu menerusi video sama, Montana ada menyatakan keiginannya untuk mengajak Vin Diesel menjalani ibadah puasa.

Vin Diesel dan Montana berada di Malibu, California ketika video tersebut dirakam pada 1 Ramadan lalu dan sedang bekerjasama dalam projek muzik terbaru mereka.

 

0 Response to "Vin Diesel mengakui terpengaruh Untuk Berpuasa. "

Post a Comment