Teguk Pamoga Secara Live. Dato Vida Di Kecam Nitizen.



Perbuatan Datuk Seri Vida yang meneguk jus Pamoga terus dari botol ketika berlangsungnya malam ABPBH 3.0 mengundang pelbagai kritikan dari netizen. Mereka menganggap apa yang Datuk Vida lakukan itu tidak sopan.
Walaubagaimanapun, sebagai penaja yang sudah berhabis jutaan ringgit untuk menjayakan anugerah berkenaan, Datuk Vida memberitahu apa yang beliau lakukan adalah salah satu cara untuk beliau mempromosikan produknya.
Mereka tidak berada di tempat saya. Saya mengeluarkan jutaan ringgit untuk menaja anugerah itu dan saya perlu cuba sesuatu yang baharu untuk menjual produk saya. Sudah bermacam-macam cara dan kaedah saya lakukan untuk jual produk dan kali ini saya kena tampil dengan sesuatu di luar kotak maka itu adalah hasilnya.
Kiri dan kanan saya dihalang daripada bercakap tetapi saya redah kerana itu sahaja peluang yang saya ada. Niat saya tiada lain, hanya hendak mempromosikan produk. Apa orang hendak kata terpulanglah, saya tetap redah.
Pedulikan apa orang kata asalkan produk laku keras bukan? Lagipun, peluang untuk mempromosikan produk ketika anugerah popular ABPBH memang tidak boleh dilepaskan. Heh?

0 Response to "Teguk Pamoga Secara Live. Dato Vida Di Kecam Nitizen. "

Post a Comment