Seorang pembantu warden, yang disyaki terlibat dalam penderaan pelajar tahfiz, sujud dan berdoa selepas dibebaskan hari ini.
Beliau, direman berhubung kes bunuh Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, berbuat demikian apabila keluar dari bilik pendaftar mahkamah, lapor Berita Harian.
Lelaki 29 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM20,000 oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Salawati Djambari.
Kakitangan sekolah tahfiz itu direman sejak 23 April lalu berkaitan siasatan kes pukul Mohamad Thaqif, 11, yang kemudiannya dimasukkan ke hospital.
Kanak-kanak itu meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Baru seminggu lalu selepas dua kakinya dipotong akibat jangkitan kuman pada 21 April.
0 Response to "Sujud Sejurus Di bebaskan. "
Post a Comment