Tiap Kali SITI SARAH Hamil, Job Tiada, Rezeki ‘Sangkak’, Tapi SHUIB Tawakal! — Ini Rahsia Jatuh Bangun Pasangan Berjaya
Majlis persandingan dan resepsi Siti Sarah Raisuddin dan Shuib Sepahtu di Bora Ombak Marina, Putrajaya tular di media sosial baru-baru ini. Manakan tidak, selepas enam tahun bergelar suami isteri, baru sekarang berpeluang bersanding buat kali pertama di atas pelamin. Romantik, kan? Majlis ini diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam selepas disatukan pada 26 Februari 2011.
Lebih terharu apabila Shuib menjelaskan, “Keputusan bersanding dibuat sebagai menghargai Sarah yang selama ini setia bersama saya dalam keadaan susah dan senang. Waktu kami kahwin enam tahun lepas, saya tidak cukup wang untuk adakan majlis kenduri dan bersanding. Yang saya mampu buat hanyalah majlis akad nikah.
Justeru, apabila sudah punya wang sedikit, saya mahu tunaikan janji saya kepada Sarah untuk mengadakan majlis persandingan. Walaupun mungkin agak lewat dan sudah punya tiga anak, tapi ia lebih indah dan sangat bermakna.”
Bagi Sarah pula, sebaik mendirikan rumahtangga dan melahirkan anak, dia mula memperlahankan pecutan kerjaya seninya kerana mahu memberi perhatian kepada keluarga selain memberi peluang kepada suami yang baru membina nama sebagai komedian. Alhamdulillah, dia memanjatkan syukur kepada Allah kerana segala pengorbanan yang dilakukan (rehat daripada dunia nyanyian meski itulah kecintaannya yang maha dalam) selain menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri amat berbaloi apabila kerjaya sang suami melonjak tinggi. Ya, wanita kecil molek yang cukup popular dengan lagu Kesetiaan ini adalah tulang belakang kepada kejayaan Shuib Sepahtu.
"Ini kerana Shuib bukan pemalas orangnya. Pada hemat saya, ramai lagi orang di luar sana lebih kelakar berbanding Shuib, namun dia boleh berada pada kedudukan sekarang kerana sikap rajinnya. Dia bersungguh-sungguh dalam bab bekerja. Walaupun pernah gagal, namun dia tidak berputus asa. Justeru, saya yakin orang yang rajin seperti Shuib pasti akan berjaya. Sekali gus menolak jauh kebimbangan saya untuk menjadi suri hidupnya."
0 Response to "Tiap Kali SITI SARAH Hamil, Job Tiada, Rezeki ‘Sangkak’, Tapi SHUIB Tawakal! — Ini Rahsia Jatuh Bangun Pasangan Berjaya"
Post a Comment