Tahniah !! akhirnya Impian Janna Nick Tercapai !



Nampaknya segala usaha keras Janna Nick dalam bidang lakonan dan mengawal keinginan beliau untuk berbelanja akhirnya berbaloi, kerana impian beliau untuk membeli rumah sendiri tercapai pada usia 21 tahun.


Janna menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto ruang tamu rumah barunya itu dengan kapsyen meluahkan rasa syukurnya. Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Janna dan ada turut merasa kagum dengan beliau.



Alhamdulillah saya berjaya menunaikan hasrat membeli rumah pada usia 21 tahun, sekali gus merealisasikan matlamat sejak mula berkecimpung dalam bidang seni. Tipulah jika tiada keinginan berbelanja, namun nafsu itu dapat dikawal.

Saya memuat naik gambar di Instagram bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya menyuntik semangat kepada rakan sebaya lain bekerja lebih keras demi mencapai impian. Usah mengikut gaya berbelanja boros, sebaliknya fokus untuk mengumpul aset.
Terima kasih kepada peminat, penggiat seni dan media yang membantu saya merealisasikan impian ini. Tanpa sokongan semua pihak, saya tidak mungkin mampu meraih sasaran ini.

Tahniah kami ucapkan kepada Janna yang sudah berjaya membeli rumah dengan hasil titik peluhnya sendiri pada usia yang agak muda. Semestinya ia adalah pelaburan yang cukup baik.

0 Response to "Tahniah !! akhirnya Impian Janna Nick Tercapai !"

Post a Comment