Nazim & Bella Selamat Bernikah.[FOTO]

Nazim & Bella Selamat Bernikah.[FOTO]


Dengan sekali lafaz, Nazim atau nama sebenarnya Nushul Alif Othman, 32, sah bergelar suami kepada Nabilah Ali Dally, 25.

Pengantin lelaki menghantar tujuh dulang hantaran perkahwinan berbalas sembilan daripada pihak perempuan dengan mas kahwin bernilai RM300.

Majlis akad nikah itu disempurnakan Pegawai Agama Istana Negeri, Ustaz Imran Angun itu diadakan secara tertutup, hanya untuk ahli keluarga dan sahabat handai kedua-dua mempelai sahaja.



Bella kelihatan anggun dengan memakai busana pengantin serba putih rekaan Tengku Syahmi manakala Nazim pula memilih rekaan Rizman Ruzaini.

Ditemui pemberita selepas majlis akad nikah itu, kedua-dua pelakon tersebut memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana hubungan mereka ak­hirnya sampai ke jinjang pe­lamin.



“Syukur Alhamdulillah dengan kelancaran majlis pernikahan ini. Semuanya dipermudahkan... itu yang lebih penting dan sudah tentu saya gembira, selain bersyukur dapat menjadi suami kepada Bella setelah lima tahun perkenalan kami,” kata Nazim.

Berkenalan sejak 2011, jelas pelakon drama Akulah Balqis itu lagi, mereka tidak pernah memikirkan soal berumahtangga waktu itu.



Walau bagaimanapun kata­nya, selepas tiga tahun mengenali hati budi masing-masing, hati mereka terdetik untuk mengikat hubungan dengan perkahwinan.

Sementara itu Bella berkata, dia akan terus aktif dalam bidang lakonan tetapi mengutamakan batas lakonan demi menjaga nama baik keluarga.

sumber: http://www.utusan.com.my

0 Response to "Nazim & Bella Selamat Bernikah.[FOTO]"

Post a Comment